Majlis Perkahwinan Siti Aisyah & Ariff


Merah dan Putih Menjadi Tema Pilihan Pasangan Siti Aishah & Ariff bersempena Tahun Baru Cina.

JARANG sekali pasangan pengantin menggabungkan dua warna yang agak contrast sebagai tema majlis perkahwinan yang bakal menjadi kenangan yang cukup indah buat buat pasangan pegantin.


Idea unik pasangan Siti Aishah & Ariff, memilih gabungan warna Merah dan Putih sebagai tema majlis perkahwinan mereka, benar-benar menyerlahkan suasana.

Merah dan Putih adalah lambang cinta mereka. Lambang gabungan dua personaliti yang berbeza, tetapi mempunyai satu matlamat yang sama, iaitu CINTA. Cinta yang mengikat kasih merah dan putih, dua jiwa menjadi satu.

Kata orang jika seseorang itu menggemari warna merah atau warna putih, maka anda adalah seorang yang berjiwa romantik. Dalam menghadapi masa depan anda tidak pernah ragu-ragu, apa yang anda lakukan adalah yang terbaik. Anda pandai benar dalam mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang boleh mendekati dan menjadi kekasih anda.

Jika warna Merah atau Putih yang dipilih. Ianya melambangkan cinta. Merah membawa maksud keghairahan,putih membawa maksud romantik dan suci. Merah adalah warna kesukaan wanita dan anda mungkin mampu menarik perhatian.

Kedua-dua gabungan warna tema ini dipilih Siti Aishah & Ariff dengan mendapatkan khidmat juru reka profesional yang berpengalaman, menyusun konsep majlis, sesuai dengan kehendak pelanggan.


Pada hari ahad bertarikh 06 Febuari 2011, pada majlis perkahwinan Siti Aishah & Arif pasangan kelihatan anggun dan begitu menawan dengan pakaian pasangan songket Merah dan Putih.

Majlis bertambah meriah dengan kehadiran Firman Kreatif (photography) selaku photography rasmi dimajlis tersebut. firman Kreatif didatangi oleh dua orang photographer untuk membuat photography bagi majlis yang penuh bersejarah ini. ucapan selamat pengantin baru dari kami kepada pasangan Siti Aishah & Ariff. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Majlis perkahwinan yang diadakan di rumah pengantin perempuan bertempat NO.35 Jalan 4/8,Fasa 2,Bandar Baru Selayang bertambah ceria dengan kehadiran tetamu undangan dan jiran-jiran terdekat Puan Zuraini Osman.

Tuan rumah amat bersyukur kerana para tetamu beliau tidak putus-putus memberikan pujian terhadap jamuan yang dihidangkan dan persiapan ‘back drop’ dan meja pengantin yang terserlah indah menawan, hasil kreativiti dan kesungguhan petugas Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan Puan Zuraini Osman terhadap kami.